Hey Semua !! Assalamualaikum 💙
Tentu sekali kita semua tertanya-tanya kenapa ada nya perbezaan harga pada Aiskrim Malaysia padahal perisa nya semua agak sama bukan? Baiklah sebelum Za terangkan dengan lebih lanjut mengenai topik utama di atas. Jom kita mengenali dahulu pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia.
Siapa saja yang tidak tahu apa itu AISKRIM MALAYSIA?! Rata2 semua rakyat Malaysia mengetahui dan menggemarinya. Aiskrim Malaysia merupakan satu produk makanan yang enak dimakan, murah dan mudah disediakan. Sejenis pencuci mulut yang sejuk beku dan berperisa dalam plastik berbentuk silinder dan mudah dimakan di mana-mana sahaja.
Cuaca panas di Malaysia sepanjang tahun ini membolehkan ais krim sesuai dimakan sepanjang tahun. Makanan ais krim ini amat banyak dijual terutama kepada murid-murid di sekolah khususnya sekolah rendah. Tapi Za rasa sekarang ni semua peringkat umur menyukai Aiskrim Malaysia ni, kan?!
photo credit : majalahpama |
Teringat masa kecil dulu, pulang dari sekolah memang wajib beli Aiskrim Malaysia yang dijual di kedai bawah rumah. Dulu, perisa biasa yang Za makan cuma ada sirap bandung, asam boi, milo, oren dan sirap biasa sahaja. Harga pula hanya 20 sen hingga ke 50 sen.
Namun sekarang terdapat pelbagai perisa di pasaran, warna dan kreativiti Aiskrim Malaysia ini. Daripada perisa biasa hingga ke perisa buah-buahan, agar-agar, kacang hijau, cendol dan sebagainya. Dan harga pun boleh cecah dari 80sen ke RM3.00 sebatang. Semuanya terpulang kepada isi padu dan perisa aiskrim tersebut.
Seperti point utama di tajuk, PERISA YANG SAMA TAK SEMESTINYA GUNA BAHAN YANG SAMA. Resepi berbeza maka hasilnya pun berbeza. Sebab itulah Za nak tekankan yang masakan ini memang satu seni yang kita boleh olah dan tukar mengikut kreativiti kita sendiri. Meskipun ada 5 orang jual aiskrim malaysia perisa yang sama di tempat anda rasanya setiap satu tentu tidak sama. Masing² menggunakan resepi dan kaedah tersendiri yang berbeza.
Perbezaan nya terletak pada BAHAN, ISI PADU dan AIR TANGAN seseorang itu.
Kita boleh tiru resepi orang tapi kita beli bahan di kedai yang berbeza pada harga berbeza. Jenama lain pun akan membuat harga berbeza. Kadang resepi sama hasilnya tidak semestinya sama. Tangan lain² yang membuatnya.
'Normal Gemok' |
Begitulah juga dengan seorang peniaga Aiskrim Malaysia bernama KakSher yang Za temui di laman sosial media, ‘ Instagram ‘ ini ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri.
'Baby Gemok' |
Dengan resepi yang ringkas tapi istimewa , Kaksher menggunakan air masak, gula dan perisa tersendiri bagi menyediakan bancuhan Aiskrim Malaysia. Air yang telah diberi perisa dimasukkan ke dalam plastik aiskrim sebelum dibekukan.
- Jagung
- Choki-Choki
- Asam Boi
- Oreo
- Laici
- Strawberry
- Honeydew
- Magnum
- Red Velvet
Asam Boi pula KakSher sangat tidak lokek dengan biji asam boi nya yang gemuk dan berisi itu. Memang Ooommmppphhh la makan aiskrim tersebut lagi-lagi bagi penggemar asam. Sejuk dan masam. Siapa yang akan tolak kan?! 😜
Perisa yang lain pun semua sedap-sedap belaka. Anak-anak Za suka Strawberry dan Choki-Choki. Suami Za suka Red Velvet dan Jagung. Manakala Za suka Red Velvet , Asam Boi dan Magnum. Sedap sangat dan lagi nikmat bila dinikmati bersama keluarga di hari yang panas. Fefeeling gituuuuu ~~ 😍😍
Oh ya, harga ais krim KakSher untuk ukuran ‘Normal Gemok’ adalah RM1 dan ‘Baby Gemok’ pula 40 sen TETAPI untuk perisa ‘Premium’ seperti Magnum dan Red Velvet, hanya ada ukuran untuk ‘ Normal Gemok’ sahaja dan berharga RM3 setiap satu.
Hakikatnya, ais krim yang pernah popular sekitar tahun 80 dan 90-an itu masih mempunyai penggemarnya hingga kini. Kini selain diminati oleh kanak-kanak, juga mendapat tempahan untuk mesyuarat sekolah, hari keluarga dan sebagainya.
Dan untuk pengetahuan ramai, Za teramat lah kagum dengan KakSher ini yang aktif membuat sedekah pada setiap hari Jumaat untuk memberi ais krim atau apa saja pencuci mulut yang dipilih pada minggu itu untuk diberikan kepada jemaah-jemaah di masjid yang dipilih. Sesiapa saja pun boleh serta sama dalam sedekah ini.
Buat sementara waktu ini, KakSher hanya akan menjual Aiskrim Malaysia Magnum dan Red Velvet sahaja selepas ini di atas sebab-sebab peribadi. Namun begitu, jangan lah anda semua khuatir. KakSher tetap akan buat perisa lain HANYA untuk ‘event’ sahaja dengan menyediakan perkhidmatan secara pakej.
Untuk tempahan Aiskrim Malaysia KakSher yang meletops ini, boleh hubungi melalui Instagram beliau di @by.kaksher atau @emmasherrina.
Jadi kesimpulannya Za nak suarakan di sini, sebelum kita nak bandingkan harga ais krim dulu dan sekarang, semak lah DUA perkara ini, BAHAN dan SAIZ aiskrim. Kalau diikutkan, harga Aiskrim Malaysia ini masih sangat-sangat mampu milik kerana dengan kreativiti zaman kini mampu menghasil kan Aiskrim Malaysia inspirasi dari makanan/minuman jenama terkemuka, dengan rasa yang hampir sama, tapi harganya 4-5 kali ganda lagi murah!
Zaman sekarang Kek Red Velvet pun boleh jadi aiskrim. Takkanlah harga 50 sen kan? Mahu citarasa baru tapi harga lama, agak-agak ler temannnn oii 😕😏
Marilah kita sokong usahawan-usahawan Aiskrim Malaysia kita yang kreatif, ikhlas dalam pembuatan aiskrim yang enak dan penuh rasa yang mewah ini tanpa prejudis, ketahui lah majoriti cuma ambil untung sikit saja. Janganlah kita berkira sangat dengan hasil dan titik peluh lelah mereka!!
Ingat tau ! Sokong lah peniaga lokal anda lagi-lagi di musim Covid-19 ini. Bantu mereka untuk terus menjana pendapatan demi keluarga mereka pada waktu terkesannya ekonomi tika kita semua terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita jaga kita !
Okaylah. Semoga korang tetap menjaga kesihatan dan kebersihan diri okay. Jaga jarak dan sentiasa amalkan kebersihan setiap waktu. Marilah kita sama-sama tangani Covid-19 ini sehingga tiada lagi kes.
Jaga diri semua, duduk rumah dan jangan lupa menikmati Aiskrim Malaysia dari KakSher !!💓😍
Anak2 pun menyukai aiskrim malaysia Kaksher |
Terima kasih kerana sudi membaca coretan dan reviu Zaza kali ini. Harap anda berpuas hati dengan penulisan Za. Assalamualaikum dan Selamat Tinggal. Jumpa lagi daun keladi, ada jodoh jumpa lagi…. Ah giiiitttewwww 😜😍
Be nice, Be respectful and Be responsible.
#aiskrimmalaysia #aiskrimmalaysiabykaksher #kaksher #malaysiandessert #pencucimulut #malaysianfoodbloggers #foodbloggermalaysia #foodieatlarge #zfoodieatlarge #mamamonstareview #zazastersreview #welovetoeat #malaysianlifestylebloggers #stayathome #supportlocalbusiness #staysafe #supportlokal
photo credit : zazaazman , kaksher and majalah pa&ma.
13 Comments
Ya Rabbi besaunyaaa aiskrim, gebu montok..mana dapat 20sen tu kalau beso gitu..
ReplyDeleteAdik Sis pun penjual aiskrim Malaysia gini, paling laku keras yang choc milo tu..siap tempahan majlis kawin...dapnyaa kalau dapat asam boi..
besornya aiskrim tu..gemok2. rindunya nak makan aiskrim malaysia..mmg hrga tak macam dlu..dulu beli 20 sen je.haha
ReplyDeletebetul3x..dulu murah je aiskrim malaysia ni sekarang harga boleh tahan sesuai dengan perisa yg pelbagai. kreatif sebenarnya orang yg buat aiskrim malaysia ni :)
ReplyDeleteDulu kan, kami berniaga aiskrim Malaysia ni. Memang rumit. Tapi macam biasa orang nak murah. Tapi mengarut la nak bagi murah kalau aiskrim kami ada pulut hitam, kacang hijau, asam boi sebiji, jagung ada isi dan lain-lain. Mak Ruby suka buat aiskrim jenis ada sesuatu utk dikunyah. Hehehe. Renyah juga nak buat. Air kena masak bebetul. Kacau bahan atas api pun kena selalu. Sebab nanti bila jd aiskrim, baru la tekstur ais tu bg impak kepada rasa aiskrim kita buat. Dulu punya bisnes, kini tiada lg. Semua anak mak dah kawen. Takda assistant. Haha. Rindunya moment tu. Sekarang ni jarang jumpa org jual ais krim Malaysia. Kat wedding je ada. Nanti nk order Red Velvet Kak Sher tu. Cantik betul aiskrim tu.
ReplyDeleteLH pernah berniaga aiskrim malaysia ni. Tapi kena pandai lah olah bahan untuk dapatkan rasa yang sama dan harga yang murah. Berniaga ni kan soal kreativiti
ReplyDeletekos bahan nak buat setiap flavor tu tak semestinya sama lagi2 kalau ada yang buat perisa nutella hahaha
ReplyDeletewow these ice cream popsicles look so big and you're right, even the quality looks so much better!
ReplyDeleteBetul lain daripada yang lain ni.. Betul2 premium sebab tak pernah try lagi Aiskrim Malaysia perisa Magnum dan Red Velvet.. Worth trying ni.. :)
ReplyDeletemengancam sungguh aiskrim Malaysia dia. montok2. Sesuai La kan harga dan perisa serta kuantiti
ReplyDeleteMenarik aiskrim red velvet. Tak pernah try lagi. Kalau ikut favorite memang aiskrim asam boi. Tapi ye la kan mana nak dapat dah harga camtu kecuali kat kampung kot.
ReplyDeleteSekarang semua kira kos dah.. Takda murah2 macm dulu.. Hehee.. Barang naik, yang jual ni pun kene naikkan sikit. Puas hati la tengok aiskrimnya ni.. Gemuk2.. Nampaknisinya penuh
ReplyDeleteDah lama tak jumpa aiskrim Malaysia. Tak sangka ada lagi ya. Skrg nampak lg hispter.
ReplyDeleteSometimes it is difficult to balance between price and quality right. Something which is cheap might not be delicious and vice versa.
ReplyDeletePost a Comment
Be Nice, Be Respectful and Be Responsible. No Negative Vibes. Any Rude or Vile comments will be reported accordingly. Thank You :)
Spread Love . Stop Hatred. Live Life To The Fullest.