[AYAM BRAND
INISIATIF PANTRI MAKANAN 
BERSAMA 13 BUAH RUMAH KEBAJIKAN 
DI SERATA MALAYSIA

Assalamualaikum semua  💜

Apa khabar semua pembaca setia Zaza? Bagaimanakah raya korang semua? Harapnya walaupun kita masih dalam keadaan Pemerintahan Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ) ni, Hari Raya Aidifitri bagi korang semua tetap meriah dan bahagia di samping keluarga tersayang ye. Jangan sedih2 pada sesiapa yang berjauhan dari keluarga tau. Berdoalah pada Allah agar penyakit Covid19 ini akan cepat hilang dan pulih kan keadaan seperti sediakala.

Bertabahlah semua ye. Jangan khuatir selagi ada nya kepercayaan kita terhadap Allah s.w.t dan juga kerja keras para perubatan dan juga 'Frontliner' yang bertungkus lumus untuk melindungi dan membaikpulih kan keadaan . Kita berserah lah pada mereka. Patuhi SOP dan undang2 yang ditetapkan okay?

Baiklah ! Hari ini Za nak kongsi sikit dengan korang mengenai salah satu kebaikan yang dilakukan di Bulan Syawal yang mulia ni. Ayam Brand kembali dengan #AyamWithYou, memberi bantuan terbaru kepada rakyat Malaysia. Kini seiring dengan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah membina Pantri Makanan untuk membantu komuniti di kawasan Ukay Heights, Ampang. 



Seperti mana yang kita bincangkan, walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat
wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya- mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Justeru itu, Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan bantuan makanan. 

Ambil sebagai contoh terdekat dengan kawasan Zaza tinggal lah di Selangor, Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah di Ukay Heights membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.



“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika
Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini.Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,”
kata pentadbir Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah, Puan Shidah.
Untuk pengetahuan korang semua, Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam.

Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari. 👍 Bagus kan? Terima kasih adik-adik semua 💓


“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebookmemberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Shidah.
Ternyata sekali respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti. 

Haa kan bagus begitu, buat sistem barter pun elok sangat kan? Ambil yang kita perlukan dan tukar dengan lain , yang mungkin orang lain juga perlukan. Betul tak ? 💪

“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau.


Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.

“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaumkeluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan.Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorangeksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini.

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Heights 68000 Ampang Selangor. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini.


Marilah kita menanam semangat #KitaJagaKita pada waktu yang amat tidak dijangka ini, di mana seluruh warga Malaysia sedang melaluinya.

Anda ingin membantu? Sudah tentu anda boleh!

Jom melawat Pantri Makanan Ayam Brand yang telah ditempatkan di seluruh Malaysia!
Sekiranya anda memerlukan makanan, buka zip pantri makanan dan ambil apa yang anda perlukan sahaja. Anda juga boleh membantu dengan menyumbang barangan yang anda ada di pantri makanan dan tutup zip untuk orang seterusnya.
Barangan yang terdapat di pantri makanan, adalah makanan, walaubagaimanapun, anda juga boleh membantu dengan menyumbangkan minuman, barang-barang runcit dan keperluan asas yang lain.

Ayam Brand akan membantu mengisi semula pantri makanan dengan makanan dalam tin yangdigemari ramai dan telah berkerjasama dengan organisasi-organisasi amal di setiap negeri untuk menjalankan pantri komuniti ini.

Berikut adalah senarai lokasi pantri makanan, Jom!:👐💓👐


Terengganu: 👉Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah
Pahang: 👉Baitul Husna Bukit Sekilau
Kelantan: 👉Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan
Kedah: 👉Pusat Jagaan Insan Kesayanganku
Penang: 👉Persatuan Kebajikan Anak-Anak Islam
Perlis: 👉Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
Johor: 👉Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru
Negeri Sembilan: 👉Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan
Perak: 👉Pertubuhan Baitul Aini Ipoh
Sabah: 👉Rumah Anak Kesayangan
Sarawak: 👉Rumah Amal Nur Murni
Selangor: 👉Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah
Kuala Lumpur: 👉Anjung Singgah


Marilah bersama-sama kita menolong satu sama lain!
AMBIL APA YANG ANDA PERLUKAN, TINGGALKAN APA YANG ANDA BOLEH


Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari

Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study. 


Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.💕

Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempentahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,”kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.

Okay semua !! Itu saja pengongsian dari Zaza untuk korang semua dari Ayam Brand !! Harap nya korang semua dapat menyertai inisiatif pantri makanan ni di kawasan berdekatan dengan korang okay ! 


INGAT ~ Ambil apa yang perlu sahaja dan kalau boleh gantilah dengan barangan lain pula tau ~~!! 


Selamat Hari Raya Aidilfitri semua dan Maaf Zahir dan Batin 💙

Amalkan Kebersihan , Duduk di Rumah bila Tiada Urusan Penting dan Jangan lupa untuk Support AYAM BRAND !!! 💓
DONT FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍
Be nice, Be respectful and Be responsible.
THANKS   💕🥰

Love and rise up , 

Zazasters a.k.a MamaMonsta👻