Hey semua 😉


Harini kita masak ayam kurma untuk makan malam . My simple but hearty food always. 💕

Disebabkan tiada ubi kentang di rumah , za selitkan juga untuk korang masak tau. Za guna 'carrot' saja.

Resipi ini untuk 5-6 orang. Terpulang kepada individu. Kalau nak masak utk 2-3 orang boleh kurangkan kuantiti nya ye. Adjust sendiri sikit. 

Bahan bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - belah 4 
2 biji ubi kentang ( besar )
2 ketul karot - potong bentuk jejari atau bulat ( terpulang )

2  biji buah tomato - belah 4 ( Ni terpulang nak letak ke tak ye. Za suka sebab ada rasa masam2 manis sikit) 
3 sudu besar rempah kurma
1 kotak santan kotak Ayam Brand 
Air ( terpulang kepada kepekatan yang anda mahu) 
Garam
Gula ( za suka pakai gula melaka , rasa lebih enak )
Asam keping
1 sudu kecil kerisik ( terpulang , ada yang tak letak ) 

Rempah untuk ditumis - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga


Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan.

'

Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak dan naik bau wangi. 

'

Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.

Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak.

'

Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keping.


Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.


Siap, hidang dan makan. Za suka makan bersama telur dadar dan sedikit kicap manis digaul dengan kuah kurma. Lagii ummmmppphh rasa dia 😋😋💕 

Selamat mencuba ye 👍😌


P/S : Sorry gambar tak semegah . Haha Lupa nak ambil gambar masa prepare tadi. Dah lapar sangat 😂

Kenapa za suka pakai santan Ayam Brand
Semua produk Ayam Brand™ dijamin tiada pengawet, tanpa tambahan MSG dan tanpa lemak trans.
Santan dan Krim Kelapa Ayam Brand™ adalah disijilkan Halal JAKIM

Stay safe , Stay at home and have FUN COOKING !!! 💓

DONT FORGET TO LIKE, SHARE, COMMENT AND SUBSCRIBE / FOLLOW 👍

Be nice, Be respectful and Be responsible. 

THANKS 💕🥰

Love and regards, 










Zazasters a.k.a MamaMonster👻